nuffnang

bubbles cursor

background

daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Monday 21 November 2011

Mari-mari...eyna nk promote suplement utk kesihatan anda....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....


adakah anda mengalami masalah seperti ini....:


1.masalah jerawat yang merungsing kan
2.masalah kitaran hai yg tidak menentu
3.masalah keputihan yg melampau
4.masalah strectmarks
5.tona kulit yg tidak sekata (panau, kurap,dll...)
6.selera makan yang terlalu tinggi
7.sentiasa keletihan semasa bekerja
8.masalah stress di tempat kerja
9.masalah kencing manis
10.masalah resdung...


adakah anda buntu untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah2 di atas...???

disini saya ada jalan penyelesaiannya....dengan mengamalkan VCO atau Virgin Coconut Oil...VCO dpt menyelesaikan masalah yang anda alami...
VCO softgell...

ramai yang telah mencuba produk ini. dan alhamdulillah mereka yg telah mencubanye amat berpuas hati dengan perubahan yg berlaku. antaranya pelanggan yg telah mencuba produk ini adalah terdiri daripada saudara mara, kawan-kawan eyna... Eyna sendiri mempunyai masalah kitaran hai yang tidak menentu. dah bermacam2 klinik eyna tnye, doktor ckp cuma masalah hormon. tp tak kan la eyna nk biarkan je. bila satu hari eyna tgk blog wife kawan eyna (http://www.eazycatalyst.com/) macam-macam testimoni yg eyna dah baca. so, eyna try la VCO ni... ternyata masalah eyna yg terbelenggu selama ni telah selesai... sekarang ni dah lebih setahun eyna mengamalkan VCO ni... selain menyelesaikan masalah haid, VCO ni juga memberi tenaga kt eyna walaupon balik dari kerja eyna tetap blh buat kerja dirumah... hmm, ok sgt2 taw....

Kt bawah ni ada satu testimoni pelanggan eyna a.k.a jiran eyna yg mengambil VCO ni selama sebulan... Adik ni mengalami jerawat yg teruk dibahagian dahi. setelah sebulan mengamalkan VCO 2biji sehari, hasilnya agak memuaskan... jerawat semakin mengecut dan berkurangan... mase adik ni amik bulan puasa. so, raya dgn muka yg licin dari yg sebelumnya.hehehee...


Sebelum mengambil VCO
Selepas sebulan 


selain tu gak, ade la kazen eyna yg juga ade masalah tone kulit yg tidak sekata & masalah haid yang kerap (sebulan 2kali period)... masalah ni jadi selepas berkahwin. so, kazen eyna ni risau la. eyna suh la kazen eyna try VCO ni gak. alhamdulillah, kulit dia semakin gebu+warna sekata...dan sekarang ni pulak dia disahkan mengandung...sukeee sgt....! alhamdulillah....

tidak lupe gak Incik Tunang sy pon telah mengamalkan VCO ni...eh, jgn terkejut taw, VCO ni boleh dimakan oleh kaum wanita dan juga lelaki....! betul...... tunang eyna plak ade masalah jerawat di muka dah leher... eyna tgk mula2 makin banyk plak jerawat tunang eyna ni...  eyna bg la sebotol kt dia. dia baru makan xsampai sebotol eyna tgk jerawat die semakin kurang...yg dekat pipi da hilang...sungguh menakjubkan.hehehehee...tunang eyna amalkan sebiji disapu pada muka dan belakang badan, sebiji pula dimakan sebelum tido...

nak diikutkan banyak lagi testimoni yang ade..tp xlarat nk taip la.hehehee.... 

untuk tempahan sila hubungi eyna ok...
eyna 012-6524360

atau email
 norazrieyna@gmail.com

dan untuk maklumat lanjut tentang produk CATALYST sila kunjungi di website ini ok...!

p/s : keberkesanan produk ini adalah berbeza mengikut hormon masing2... ada yang cepat dan ade yang lambat...harap maklum...=)


lots of love,
eyna











Tuesday 15 November 2011

4th Anniversary....

weeehuuuu.......

alhamulillah, hari ini 15 November 2011, tepat jam 12.00 mlm td merupakan ulang tahun ke-4 aku n incik tunang dah bersama a.k.a couple la kan.heheheee... alhamdulillah sgt2... ya Allah aku bersyukur kerana menemukan aku dgn dia... 

walaupon ape pon yg ada pada diri dia, aku terima dia setiap kekurangan dan kelemahan dia dgn seadanya. InsyaAllah... selama perkenalan aku dan dia bnyk kelebihan yg ada pada dia... kekurangan bkn la xde tp org kate kekurangn tu bleh diubah sikit demi sedikit kan. Dia banyk mengalah dgn aku, sbb kekadang aku ni degil gak orangnye.hehehe...(mmg xdinafikan.heheehee...) banyk mengajar aku tentang kehidupan, tanggungjawab dll....

terus terang pada mulanya aku takot nk menerimanya atas sebab2 tertentu, alhamulillah aku dpt menerimanya seadanya. aku belajar menerima dia dgn setiap kebaikan yg telah dia buat pada aku. dan aku plak menjadikan beberapa couple utk dijadikan idola aku. bila difikir2 balik kenapa diorg boleh aku xboleh... yesss....btol tu...!!! so, itulah jawapan aku. dan aku tetap meneruskan hubungan aku dan dia. walaupon pada mulanya ade desas desus yg berkata2 dibelakang aku yang kedengarannya kurang enak. tp, dalam hati aku jawab la..... "ade aku kesah...???" yg couple aku bkn diorg... ade gak yg siap bagi gelaran kt incik tunang tu. xpe lah, aku xkesah sume tu.huhuu... 

tp ade org ckp muka kami dekat2 same... eh, yeke...??? kalo same alhamdulillah la...org tua2 kate jodoh kuat.heehehee... lama kelamaan kehadiran dia dalam hidup aku direstui oleh orang tua kami. org kate restu org tua lebih berkat kan... sehingga la ke hari ini hubungan aku dan dia berjalan dengan lancar... mmg tak dinafiakan kekadang ade gak pergaduhan dan salah faham berlaku antara kami... bak kata p.ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.cewahhh.... hamboi2...bkn maen lg kan.huhuuhuuuu.... tp insyaAllah setiap permasalahan tu kita msti selesaikan dgn elok... tamo gadoh2 ek.hehehe....

sehingga la kami telah membuat keputusan utk mengikat tali pertunangan pada 29 Mei 2011... dan insyaAllah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki tahun hadapan kami akan melangsungkan perkahwinan...

untuk bee,

ayg berterima kasih yang tak terhingga kt bee sbb dpt menerima ayg dgn seadanya. walaupon bnyk kekurangan ayg yg terpaksa bee telan... bee sentiasa melayan kehendak ayg, karenah ayg, n mcm2 lagi... ade gak kadang kala bee terpaksa amik cuti semata2 nk temankan ayg g interview walaupon mase tu ayg taw bee xsihat...(ase nk nangesh plak...). InsyaAllah, satu hari nanti kalau dipanjangkan umur & jodoh kita, ayg berjanji akan menjadi isteri yang solehah didunia dan diakhirat. akan menjadi 'tangan kanan' bee walaupon disaat susah ataupun senang...ayg akan sentiasa berada dibelakang bee. ayg sayang sgt2 kt bee.... u r always in my heart syg....

your  love,




lots of love
~miss eyna~


Thursday 10 November 2011

eeelllooopppppp..........~

Assalamualikum semua... Selamat pagi...

dah seminggu xupdate blog ni sbb kesibukan melanda.hehehee.... pepagi ni baru je masuk opis mate pon dah layu semacam jek. xtaw la nape... 

hmmm...pagi ni xbreakfast pape lg. just minum jus oren je. xrase lapar, tp nnt msti perot berkeroncong punye lah.hehehehee...

pagi ni terasa plak nk share something. tentang penyakit yang paling digeruni oleh kaum wanita iaitu penyakit KANSER PAYUDARA. akan tetapi kaum lelaki jgn berasa selesa kerana kaum lelaki juga berpotensi utk menghidap kanser payudara ini.haaaa, jgn maen2 occay.... 
jom kite share serba sedikit pasal kanser payudara ni...

Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.


Friday 4 November 2011

Assalamualaikum & selamat hari jumaat semua....

ellop semua....
ape khabar, hope sume sihat2 belake hendak nye. skang ni tgh musim ujan. hidung pon agak tersumbat dek kerana bnyk minum air sejuk ni.hehehee...

hari ni hari yang paling best sbb td tghari aku lunch dgn classmate kesayangan aku mase kt poli dulu...weeeehuuuu... name nye LIM AI TEE.....
mmg dah lame xjumpe dgn ai tee. rindu sesgt la... last aku jmpe dgn ai tee 2tahun yg lpas kot. tuu...mmg dah lame la xjmpe kot.hahahahaa.....

tetibe ble jmpe ai tee perot die dah 'berisi'. "uwaaaaaaa......ai tee, u da pregnant la...." tu la ayat pertama yg keluar dr mulut aku. comel btol la ai tee... rese nk peluk je amoi tu. tp rmi plak org sbb ktorg mkn kt McD sblh opis ni je... ramai plak org mase tu. just laga pipi kiri kanan je la.hehehee...


ai tee...bakal menjadi mommy xlama lagi...

sambil makan sambil la berborak tentang life masing2... ai tee biase la dgn fmly yg tgh sarat menanti hari menunggu kelahiran baby pertamanya yg bakal lahir Disember nanti. yeppii.....seronok plak rasenye tgk ai tee bakal jadi mommy xlama lg. (aku plak yg teruja lebih.....). mcm2 yg kte borakkan, pasal kengkawan sape yg dah kawen, sape yg dah ade anak.... hmmm, biase la. soalan yg WAJIB ditanye n dijawab.hahahahaa.... (sorry la korang, 'ter'ngumpat plak.hehehee...tp ngumpat yg baik je taw...)

lame gak la kitorg borak...kalo bleh nk borak lame lg tp mase tidak mengizinkan. myb laen kali bleh borak panjang lebar lagi... tp mase tu ai tee dah dukung baby la kot.huhuhuuu... msti comey kan.hehehee...
mmg seronok la borak2 ngn ai tee td. rase xbleh nk berenti ble dah borak2...

kenangan mase kt poli...

mase kt poli dulu ai tee adalah rakan sebelah meja aku... bile diingat balik kenangan mase kt poli tu mmg lawak. boleh dikatekan aku ni kire beruntung la dpt duduk sebelah dgn ai tee. ble dpt assingnment subjek account ke, math ke, ktorg la yg siap dulu... sbb ai tee mmg teror dlm subjek tu. ble dpt study dgn ai tee mmg beruntung la sbb ai tee slalu ajar ape yg aku xpaham. sampai pnah satu hari tu ktorg dpt tutorial math pegurusan, En. Imran bg note kt tutorial aini+midah. die tulis "sape tiru sape ni.....???" hahahahaa.....kitorg just tegelak je. sbb jawapan mmg sebijik gile la. lawak btol la... lagi satu ble time class En. Omar subjek pengurusan perniagaan.... aduihai.....mmg aku lemah gile la ble masuk clas en. omar ni... kompem aku tertido punye la.hahahahaa.... ade skali aku tertido, sblm tu aku bg taw ai tee "nanti kalau en. omar perasan bg taw i oke..." hehehehee... ape punye olang la.hahahahaaa....

nnt la satu hari nanti kte try buat gathering kte kumpul ramai2 dpt la jmpe  smua kwn2. kite tgk sape yg dah ade anak, sape yg da kawen n sape yg masih solo... msti best kan... myb ade yg tgh memboyot pon ade kot. hahahahaa....

ni gambar utk tatapan kengkwn yg kenal kitorg...~


we r best frenzzz....
me n ai tee....

sekian....

lots of love,
~miss eyna~



Wednesday 2 November 2011

keje, keje, keje...............^ ^,

hmmm....baru siap mengira $$$.naik juling mate ni.miahahahahaha....
kalo nk diikutkan mmg nk elak kan dari keje yg melibatkan duit. 
atau dalam bahasa inggeris nye MONEY....

tp mase intebiu dulu mulut ni xde plak nk ckp "kalau boleh sy nk mintak keje admin la bos...."
alih2 dpt gak bhgian account... mungkin dah tertulis kot yg aku ni keje dikelilingi duit...
hahahahahaaa....

tp kalau nk diikutkan dulu mmg aku suke sgt bhgian akaun ni... sbb dulu mase form 4 & 5 blaja subjek akaun mmg best giler la. boleh dikatakan 1kelas aku amek tuisyen kt tmpt yg same.
tuisyen kt DELTA. yg ajar Mr. Sugu... ingt lg kalau time subjek akaun je mesti class full. sape lmbt mmg kna duduk berhimpit. ade yg duduk kt tengah jalan.fuhh...terbaek la mr.sugu ni...
tp mmg best blaja ngn mr.sugu ni. aku dr xtaw pape lngsung prinsip akaun ni smpai agak pandai gak la hal2 akaun ni.hehehehee....(konon je la tu...)

last day ktorg blaja ngn mr.sugu tu aku, jana, n diana bg la hadiah sebagai kenagan. ktorg belikan tali leher utk mr. sugu....walaupon harga tali leher tu xla mahal sgt tp mr.sugu hargai pemberian ktorg tu...

kalau nk taw semua buku latihan n jawapan yg mr.sugu ajar tu aku simpan sampai ke la ni.hahahahaa....caye x...??? betol...sampai ke perelih nun sana tu pon aku hangkut buku tu. da la tebal, ade 3 buah buku yg aku simpan.... tu la nota yg menjadikan aku seperti sekarang.alhamulillah...... mase kt poli dulu rmi la yg buat rujukan guna buku aku tu. walaupon xbape nk completekan...(bkn ape bnyk yg keje aku xsiapkan dulu.hahahahahaaa....)

tp yg sayang nye nota2 fotostat yg mr.sugu bg tu sume tah ilang kemana tah. tu yg paling aku rase terkilan la....kalo ade nota2 tu dah lame aku bukak klas tuisyen taw.hehehehee...

hmm....skang ni walaupon aku keje bahagian akaun ni agak memeningkan kepala sket tp aku tetap enjoy. bak kate puteri "jom kite enjoyyyy....!!!" hehehehee.... aku bersyukur la gn kerja yg aku ade skang ni. dr xdo kojo kan...baek den kojo jo.hahahaa...sekurang2nye dpt gak duit.alhamdulillah.....

ok la...dah nk balik kojo jap lg ni...
bye,bye... =)


Tuesday 1 November 2011

Selamat hari Rabu semua..........

Assalamualikum semua....

hmmm...pepagi lagi dah jenguk blog ni sbb teruja nk tgk mcm mane my best friend (qma) meng'gondam' blog aku ni.hehehehee....jgn marah ek qma....nnt kna jual.hukhukhuk....~

ble dah bukak tomey gak la blog aku ni dr yg sblm ni mcm hampeh. sbb aku ni jarang nk menggondam blog aku ni.heheheheee.....
tp blog ni blom 100% di edit oleh editor saya ni lagik.
tp skang ni saya tgh berusaha utk mencari idea2 utk mencantikkan blog saya nih.

to all blogers pls give me any suggestions, idea or whatever yg boleh membantu saya men'cun'kan blog saya ni oke....fell free n post ur comment here....

lots of love, 
~ miss eyna ~